Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA gembira puasa BERJAYA MENCAPAI 80 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI

61  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0608.
Dari Abdullah bin 'Amru r.a., katanya Nabi saw. bersabda kepadanya: "Diceritakan orang kepada ku, bahawa engkau selalu bangun solat malam dan berpuasa terus setiap hari." Jawab ku, "Benar, ya Rasulullah! Aku melakukannya." Sabda Nabi, "Kalau memang begitu, matamu akan cekung dan diri mu akan lemah. Sesungguhnya diri mu mempunyai hak dan keluargamu mempunyai hak. Kerana itu puasalah dan berbukalah, bangunlah untuk solat dan tidurlah."

62  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0960.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Ketika kami sedang duduk-duduk di samping Nabi saw., tiba-tiba datang seorang laki-laki lalu berkata kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Celaka aku." Jawab beliau, "Kenapa engkau?" Kata orang itu, "Aku bersenggama dengan isteriku, padahal aku puasa." Rasulullah saw. bertanya, "Adakah engkau mempunyai hamba sahaya yang akan engkau merdekakan?" Jawabnya, "Tidak!" Sabda Nabi saw., "Sanggupkah engkau puasa dua bulan berturut-turut?" Jawab laki-laki itu, "Tidak!" Sabda Nabi saw., "Sanggupkah engkau memberi makan enam puluh orang, miskin?" Jawabnya, "Tidak!" Nabi saw. diam. Sementara itu dibawa orang kepada Nabi sebakul kurma. Lalu beliau bertanya, "Mana orang tadi?" Jawab orang itu, "Saya, ya, Rasulullah!" Sabda Nabi saw., "Ambillah kurma ini, dan bersedekahlah dengannya!" Kata orang itu, "Apakah saya harus bersedekah kepada orang yang fakir dari saya, ya, Rasulullah? Demi Allah, tidak ada keluarga yang berada antara dua perbatasan yang berbatu-batu (dari kota Madinah) yang lebih fakir daripada keluargaku." Mendengar itu Nabi saw. tertawa sehingga tampak taring beliau. Kemudian beliau bersabda: "Berikanlah untuk makan keluargamu."

63  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1607.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw, bersabda: "Wanita tidak boleh berpuasa kalau suaminya ada, kecuali dengan seizinnya. Ia tidak boleh memberi izin masuk rumah kepada orang lain tanpa izin suaminya. Kalau ia memberikan wang untuk derma tanpa izin suaminya, maka suaminya memperoleh setengah dari pahalanya."

64  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0964.
Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. pergi ke Mekah dalam bulan Ramadhan dan beliau puasa. Ketika sampai di Kadid, beliau berbuka, maka berbuka pulalah orang banyak. Kata Abu Abdullah (Bukhari), "Kadid, iaitu air yang antara 'Usfan dan Qudaid. "

65  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0962.
Dari Ibnu Aufa r.a., katanya. "Kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah saw. dalam suatu perjalanan. Beliau bersabda kepada seorang laki-laki, "Berhentilah! Campurlah roti dengan susu untukku!" Jawab laki-laki itu, "Ya, Rasulullah! (Masih ada) matahari!" Sabda beliau, "Berhentilah! Campurlah roti dengan susu untukku!" Jawab orang itu, "Ya, Rasulullah! (Masih ada) matahari!" Sabda Nabi saw., "Berhentilah! Dan campurlah roti dengan susu untukku!" Laki-laki itu berhenti, lalu mencampur roti dengan susu untuk Nabi saw. Kemudian Nabi minum dan memberi isyarat dengan tangan beliau ke arah Timur. Sabda beliau, "Apabila kamu melihat malam datang dari sini, maka sesungguhnya telah berbuka orang-orang yang puasa."

66  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0042.
Dikhabarkan oleh Abu Hurairah r.a., katanya pada suatu hari Nabi saw. duduk bersama-sama jemaah, tiba-tiba datang kepadanya seorang laki-laki bertanya. "Apakah ertinya iman?" Jawab Rasulullah, "Iman ialah percaya kepada Allah, kepada Malaikat-Nya, kepada Rasul-Nya, dan kepada berbangkit (sesudah mati)." Tanya orang itu pula, "Apakah ertinya Islam?" Jawab Nabi, "Islam iaitu menyembah Allah dan tidak mempersekutukanNya, menegakkan solat, membayar zakat, dan puasa Ramadhan." Dia bertanya lagi, "Apakah ertinya ihsan?" Jawab Nabi, "Ihsan ialah menyembah Allah seolah-olah engkau melihat Dia. Biarpun engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau." Tanya orang itu pula, "Bilakah hari kiamat?" Jawab Nabi, "Orang ditanya (Nabi) tidak lebih tahu dari orang yang menanya. Tetapi akan ku terangkan tanda-tandanya: (1) apabila budak perempuan melahirkan majikannya dan (2) apabila gembala unta telah bermegah-megah dalam gedung yang indah mewah. Dan kiamat itu salah satu dari lima rahsia yang hanya Allah mengetahuinya." Kemudian Nabi membaca ayat:Innallaaha 'indahu 'ilmus sa'ah, wa yunazzi lulghaitsa wa ya'lamu maa, fil arhaam, wa maa tadri nafsum ma dza taksibu ghadaa wa maa tadri nafsum biayyi ardhin tamutu innallaaha 'aliimun khabir." ("Hanya Allah yang mengetahui hari kiamat dan turunnya hujan, dan yang mengetahui bayi apa yang di dalam rahim ibu; (Allah juga mengetahui) apa yang tidak diketahui orang, kerja apa yang akan dilakukannya besok; (Allah juga mengetahui) apa yang tidak diketahui orang, di bumi mana dia akan meninggal. Sesungguhnya Allah Maha Tahu lagi Maha Pintar." - S. Luqman, 31:34 Setelah itu orang tersebut pergi. Maka sabda Nabi, "Panggillah dia kembali!" Tetapi mereka tidak nampak orang itu lagi. Nabi bersabda, "Itulah Jibril, dia mengajarkan agama kepada umat manusia."

67  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0032.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang puasa di bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas diampuni Allah dosanya yang telah lalu"

68  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0965.
Dari Abu Darda' r.a., katanya: "Kami pergi beserta Nabi saw. dalam sebahagian di antara beberapa perjalanan beliau, pada suatu hari yang sangat panas, sehingga ada orang yang meletakkan tangannya di atas kepala kerana sangat panasnya, dan tidak ada di antara kami yang puasa selain Nabi saw. dan Ibnu Rawahah."

69  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0987.
Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Tidak boleh puasa pada hari-hari Tasyriq (11,12 dan 13 Dzulhijjah), kecuali bagi siapa yang tiada mempunyai had-ya."

70  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0038.
Thalhah bin Ubaidillah mengabarkan, "Seorang laki-laki Nejd datang kepada Rasulullah saw. dengan kepala penuh debu. Kami mendengar laranya tetapi (tidak mengerti apa yang diucapkannya; sehingga dia mendekatkan diri kepada Rasul Allah saw. Kiranya dia menanyakan perihal Islam." Sabda Rasulullah saw; "Lima solat sehari semalam." Bertanya pula dia; "Apakah lagi selain itu?" Jawab Nabi saw, "Tidak! Kecuali jika anda suka melakukan solat sunat:" Rasulullah saw. melanjutkan, "Dan puasa bulan Ramadhan." Bertanya pula dia; "Adakah lagi selain itu?" Jawab Nabi. "Tidak! Kecuali jika anda suka melakukan yang sunat." Rasulullah meneruskan, "Dan zakat." Orang itu bertanya pula, "Adakah lagi selain itu?" Kemudian orang itu pergi. Sambil berkata, "Demi Allah! Tidak akan saya tambah dan tidak akan saya kurangi apa yang Anda sebutkan itu." Maka sabda Rasulullah saw. "Dia pasti beruntung kalau apa yang dikatakannya itu benar-benar ditepatinya."